Monday, November 29, 2010

neither.


get away,
from all the sadness that i am going through
right now...

or should i stay?
to face this madness of insanity
i just dont know how...

i'll lose control
i will lose control
no, i wont go
but i couldnt stay.


i guess, neither.

Monday, September 6, 2010

Tabah, Si Kaseh!

18.8.2010
Saya takot tarikh ini.
Nur Arisya akan buat check-up mata untuk kali terakhir di Hospital Ampang.

Ow, sebelum kau menguap baca post yang ini, aku nasihatkan tak perlu terus baca.
panjang dan bosan.
Haha.

This is the second time saya ke sini.
Tapi kali ini, tanpa Sayang.
Sayang saya tak dapat accompany us hari ini.
Sayang sekolah, dan ada kelas dari jam 9 sehingga malam.
Tapi hati susah nya tak ada kesudahan.
Sayang tak berhenti kirim mesej.
Tanya itu dan ini.
Jangan khuatir Sayang, kami baik-baik sahaja.
Tapi manja pura-pura kuat hari ini, ayang.
Kerana tiada bahu mahu dinangis.
Kerana tiada bahu untuk disesal.

Rekod saya ke klinik dan hospital yang melibatkan Nur Arisya tidak pernah baik.
Air mata menjadi kawan baik.
Saya sangat fragile bila ada Sayang.
Tapi sebetulnya, saya menjadi diri saya when he is around.

Kunjungan pertama melibatkan Nur Arisya is di Klinik Kesihatan Cheras.
Saya serah surat yang diminit pegawai perubatan (they came ke sekolah untuk buat pemeriksaan yg asas pada pelajar ) kepada doctor yang kami temui.
Nur Arisya diminta melakukan ujian mata yang biasa.
Hanya seorang yang dibenarkan masuk.
"Mama, Aish nak ayah,"
Saya panggil Sayang.
Saya bergosip itu dan ini dengan Ummi di luar sementara menunggu.

Sayang keluar dengan muka tenang.
Belai rambot saya sedikit, " Anak tak berapa nampak,"
Saya diam.
Cuba lirik senyum.
Sayang belai lagi.
Ow, saat ini saya dah tak perlu cuba apa-apa.
Senyum terukir kekal tanpa paksaan, dan Nur Arisya peluk saya.
Sayang hebat! Putarkan gelisah saya dengan motivasi halus.

Doctor panggil kami.
Tanya itu dan ini.
Dan doctor gave us the shit which i have to face.
Nur Arisya hanya dapat nampak di barisan ke 3 sahaja untuk ujian mata asas tu.
Thus, hanya dapat 3/36 sebagai hasil ujian (jika saya tidak salah).
Lebih kurang maksudnya, kalau ni adelah final exam politeknik, memang kena repeat paper dan tambah semester.

For those guys yang tidak berapa pasti dengan apa itu ujian mata asas, here it is.


Doctor kata, this is bad.
Thanx doctor, saya bercakap dalam hati.
My tears aint gonna wait no more.
I dont want to hear no more.
Saya, posisi dihadapan Nur Arisya seakan2 melutut, terus tunduk.
Sayang, dari awal sudah bau, tapi terus tanya itu dan ini mengenai kondisi Nur Arisya.
Sayang tau, there is no such motivation yg ayang boleh bagi pada saya saat ini.
Saya tak dapat tahan, tidak pedulikan doctor di sebelah kiri saya, pandang Sayang dan berteriak ringan,
" This is all my fault, mine.."
Unexpectedly, Nur Arisya, pegang bahu saya out of the sudden as i finish those sentence,
" Tak Mama. Ni bukan salah mama, ni mata Aish ni. Mata Aish yang terok," sambil point her small finger to both of her eyes.
I care none for the nurse or for the doctor yang present.
I hug here like i never hug here before.
Bukan, ni bukan drama samarinda.
My life is a bless for i am surrounded by such amazing people.
Syukur.
Do not envy me.
I've been in a mud for so long.
So long.
Then, Nur Arisya came. To keep me survive.
Then, Ayang came. Untuk bagi saya hidup.

Doktor beri surat untuk diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan seterusnya.
I cant remember the doctor's name, but he must be one of the best pegawai perubatan i've met so far.
Dia concern, beri nasihat, tanpa rush apa-apa sedangkan dia kena pergi taklimat ketika itu.
Secara ringkasnya, he is not a typical doktor kerajaan.
Hanya Allah dapat membalas jasa nya pada kami.

Kali pertama pergi ke Hospital Ampang, memang painful.
Walau kami tiba seawal jam 8, semuanya hanya selesai jam 2petang.

It was 9.8.2010.
Nur Arisya jalani lagi ujian penglihatan asas itu.
Tapi kali ni, kami berdua boleh masuk.
Kalau bawa 1 keluarga pun boleh, mungkin. They dont mind.
Haha. Ya, saya tahu.
Saya tidak lucu langsung.
Euw.

And for the first time, saya melihat Nur Arisya menjalani ujian itu.
Saketnya, Ya Allah.
Benar, cahayamata saya hanya nampak huruf yang besar sahaja.
Huruf yang besarnya boleh nampak dari jiran sebelah rumah.
Ahaa.
Tak saya bukan nak jadi lucu.
Saya sedang distract diri saya dari menangis semasa ketuk-ketuk keyboard ni.
Saya lembik macam sayur mayur.
Hey, wait! kenapa sayur digandakan jadi mayur?
Ape tu mayur?
Macamane boleh jadi mayur?
What the...??!

Ketika tu, saya rasa macam nak lari.
Naik teksi dan pergi Putrajaya, karaoke kat Superstar, Alamanda.
Atau mungkin keluar semua wang dalam Tabung Haji berbelanja beli beg tangan, kasut atau apa-apa yang saya tidak perlu.
Saya tidak boleh stop blaming myself bila Nur Arisya tak dapat nampak huruf yang seterusnya yang nurse tu tunjuk.

Kemudian, Nur Arisya buat pemeriksaan lebih menyeluruh.
Pakai kanta yang bulat-bulat tu.
Ni ujian advance siket.
Ada burung.
Ada some letters and numbers in colour.
Nurse naik fed up tukar lens.
Pakai tu tak nampak, ni tak nampak.
Nur Arisya, kau pakai mikroskop je la.
Baru la macam detektif.
Ahaa.
Ya, saya distract diri saya lagi.

Roughly, power yang Nur Arisya perlu adalah 300.
Masa diberitahu ini, saya distract diri saya dengan bubuh bibit cerita Spartan,300 tu dalam kepala hotak saya.
Haha.
ow, boleh minta tolong sayang download movie tu nanti.
Kami diminta datang semula next week untuk nak pastikan dan sahkan jumlah kuasa untuk cermin mata Nur Arisya.
Ya, nanti Nur Arisya akan pakai cermin mata.
Ini untuk masalah juling dan rabun jauh yang dia alami.
Tabah, Si Kaseh!
Cool juga pakai cermin mata.
Macam orang pandai.
Awak pun memang budak bijak.
Dah besar nanti, boleh pakai contact lens.
Pastu pakai yang warna-warna.
Jangan pakai warna pink, Mama pukol kau nanti.

Kunjungan saya ke sini, saya heret Ummi dan Qaireen.
Kali ni, masa yang di ambil adalah singkat.
Ujian yang advance tu dilakukan sekali lagi.
Doctor titiskan eye drops pada mata untuk kembangkan retina kot sebanyak 3 kali untuk setiap setengah jam.
Ubat tu pedih.
Tapi Nur Arisya steady.
Kau lucu lah budak!
Cara dia tahan saket pon funny.
Makcik India sebelah kami pun letak eye drops juga, tapi cara pedih dia macam nak pengsan.
Mengeluh setiap 4 saat.
Nur Arisya?
Lepas tahan pedih itu, terus minta handphone saya dan main game Cake Mania.
Tabah, Si Kaseh!

A piece of paper diberi doctor untuk spesifikasi cermin mata Nur Arisya di akhir sesi.
Entah ape mende dia conteng atas kertas tu, saya tak faham.
Tak penting.
I just want her to heal cepat.
Harus buat terapi sebulan sekali.
Nur Arisya salam  doktor and kami ke kaunter untuk ambil time slip Nur Arisya.

Syukur semua berjalan dengan lancar.
dan sesungguhnya, Allah tidak akan menduga sesuatu diluar tanggungan aku dan Nur Arisya.
Allah Maha Besar.

Tuesday, August 3, 2010

.Muzium Negara.

It was Sunday.
and my Aizat Akmal Ahmad setuju untuk bawa saya pergi ke Muzium Negara.
I was like, tattala sangat-sangat!
Saya sangat suka sejarah.

Walau saya end up dengan 5C saja semasa menduduki SPM,
tapi saya memang suka Sejarah.

Cadangan untuk ke sini saya merengek pada Sayang semasa selak surat khabar 4 bulan lepas.
Ada pameran keranda sehingga 20 Jun 2010.
Namun, disebabkan kerana itu dan ini, ke sini dan ke situ, kami tidak sempat pergi ke pameran sementara itu.
Tapi minggu lepas, Sayang khabarkan berita yang sangat gembira.
Pameran sementara telah dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2010.
Sayang browse di internet and double check semasa pulang dari sekolah Aswara.
I was like so damn tattala dan Sayang terus cadangkan kami pergi pada hari ini.
Thank you Sayang.

Sebelum ke Muzium Negara,  perot saya bisik dulu nak makan pizza.
Sayang tidak pernah merungut, seperti biasa.
Jam 2 petang, kami lunch di Pizza Hut, The Mall.
Servis mereka laju. Mungkin kerana itu, senyom tidak perlu.
Lantak.
Kami kenyang.
Alhamdulillah.

Jalan menuju ke Muzium Negara tidak susah.
Bila nampak bangunan Muzium, saya bedebar.
Seronoknya!
Hey sejarah, saya datang ni!

Parking kereta di situ, RM2.00 sahaja.
Saya nampak 3 bahagian gerabak keretapi berasingan di tempatkan di hadapan Muzium Negara.
I was like, super-tattala sangat!
Saya genggam tangan Sayang kuat-kuat, saya tidak sabar.
Sayang tahu saya sangat gembira.
kerana Sayang tahu saya sangat suka sejarah.




Sayang ambil gambar saya di setiap gerabak kereta api yang ada dan sebuah meriam di luar Muzium itu.
Penjelasan setiap artifak disitu lengkap.
Sangat lengkap.
Tentu.
Hey, ini bukan komik!
Kami ada baca tentang sejarah pembinaan muzium.
Difahamkan, bahagian kanan bangunan itu dulu telah rosak dan hampir musnah kerana dibom oleh Parti Berikat semasa zaman pemerintahan Jepun, jika tidak silap.
Dihadapan bangunan, untuk kali pertama, sayang setuju saya snap gambar dia.


Harga tiket seorang dewasa RM2.00.
Berbaloi untuk suapan sejarah yang tiada ternilai.
Selepas bayar tiket dewasa untuk 2 orang, dan tulis butir ringkas kami dalam Buku Pelawat, saya rasa jantong saya keluar berlari ke dalam Muzium.
Hey sejarah, saya dah sampai ni!

Muzium ini ada 2 tingkat.
2 wings, kiri dan kanan dengan 4 bahagian galeri yang berlainan.
Aduh, saya sudah lupa tentang tempat ini.
Kali terakhir saya pergi adalah pada saya tidak ingat.
Kali terakhir Sayang pergi adalah pada dia tidak ingat.
Sayang sekali, kamera yang mempunyai flash tidak dibenarkan.
Dengan handphone Nokia E72 dan lighting pameran yang sangat dim, saya fikir, tidak perlu untuk snap gambar di dalam nanti.
Hasilnya pasti tiada apa.
Kalau Sony Ericson, Cybershot mungkin lain cerita.

Entah apa salah saya pada masa, tapi masa sangat cemburukan saya.
I have to choose fast mahu ke galeri mana terlebih dahulu.
Saya beritahu Sayang dengan  nada sedikit kecewa, kita hanya boleh pergi ke 2 pameran saja disini dan 1 pameran sementara itu.
Sayang hanya angguk dan cadangkan kami datang lagi untuk pergi to the other two.
Untungnya saya ada Sayang.
Faham saya.
Cinta saya.
Hey sejarah, kenalkan! Ini cinta hati saya, Aizat Akmal Ahmad.
And it is time.
Saya kutip jantong saya, and head to pameran Kerajaan-kerajaan Melayu di wing sebelah kiri.

Terlalu banyak untuk saya ceritakan tentang pameran di bahagian ini, tapi ini adalah serba sedikit informasi tentangnya yang saya curi dari pautan website Muzium Negara.
"Galeri ini menelusuri sejarah perkembangan tamadun Melayu menerusi pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara khasnya kerajaan-kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo. Fokus galeri ini adalah kepada Kerajaan Melayu Melaka yang merupakan era kegemilangan sejarah ketamadunan Melayu-Islam di rantau ini"
Hampir 45 minit kami di sini.
It would have been longer kalau tiada artifak tembikar dan mangkuk di situ.
Ya. Saya memang cinta sejarah dan muzium.
Tapi tidak. Saya kurang berminat dengan tanah liat dan pinggan mangkuk.
Ini adalah salah satu artifak yang menarik minat Sayang.


Sebuah Al-Quran lama bertulisan tangan

Ya.
Tulisan tangan dan umur nya telah sangat dimamah usia kita, mak kita, nenek kita, moyang kita, mak kepada moyang kita, mak kepada mak kepada moyang kita.
Baik. Saya berhenti menaip tentang itu.

Kemudian kami beransur ke galeri yang kedua.
Galeri Sejarah Awal.
Semasa ini, baru kami perasan.
Kami tidak mengikut urutan yang sepatutnya.
Haha.
"Galeri ini membawa pengunjung menerokai proses pembentukan muka bumi serta menghayati cara hidup masyarakat awal menerusi setiap artifak yang dipamerkan di sini. Pengunjung juga berpeluang mengenali evolusi alat-alat batu yang digunakan pada zaman Paleolitik, Hoabianh serta Neolitik. Antara artifak yang menarik perhatian ialah Manusia Perak, rangka manusia tertua yang hampir lengkap di Asia Tenggara yang ditemui di Negara ini berusia kira-kira 10,000-11,000 tahun dahulu."

Di sini, banyak rangka dan batu dan... oh no please, not another artifak tembikar!
Ya. Awak teka betul.
Kami hanya di sini untuk masa yang singkat saja.
20 minutes saja, mungkin.
Tembikar is like everywhere.
Saya hanya rasa seperti di dalam kedai pinggan dan mangkuk,  yang antik.
Namun ada some of them yang buat saya kerot-kerot dahi.



Loceng gangsa ini ditemui di Kampung Pencu, Muar, Johor. Ia dipercayai berasal dari Dong Son, Utara Vietnam berdasarkan reka bentuk dan coraknya yang sama dengan loceng Dong Son yang lain. Loceng ini dianggar dihasilkan sekitar 150 Tahun Masihi, iaitu bersamaan dengan perluasaan kuasa kerajaan Funan.

dan artifak ini menarik minat saya dan Sayang. Perak Man/Orang Perak


  • Perak Man adalah satu-satunya rangka manusia Paleolitik yang paling lengkap ditemui di Asia Tenggara. 
  • Perak Man hidup lebih kirang 10,000 tahun dahulu dan mati akibat sakit tua atau penyakit pada umur 40-45 tahun.
  • Umur ini dianggap sangat tua kerana manusia paada zaman itu dianugerahkan hidup sekitar 20 - 30 tahun sahaja.
  • Perak Man dilahirkan dengan kecacatan fizikal Brachymesophalangia kerana mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan tentang memburu dan memungut makanan, ubat-ubatan, adat resam serta spek-aspek lain dalam kehidupan pada zaman Paleolitik.
  • Perak Man telah dikebumikan di Gua Gunung Runtuh dengan penuh adat istiadat di mana ianya ditemui dalam posisi kedua-dua kinya dilipatkan ke dada seperti anak dalam kandungan dan dibekalkan dengan alat batu dan makanan yang terdiri dari 3,000 siput sedut dan daging (babi hutan, rusa , biawak, labi-labi, kera dan mungkin juga kijang, siamang dan harimau bintang).
Tak.
Saya tak tahu ape itu kecacatan fizikal Brachymesophalangia.
I dont even know how to pronouce it.
Hey Sejarah, awak memang hebat!

Antara informasi yang saya dapat di galeri ini ialah, kita boleh membezakan di antara cara pengebumian zaman Neolitik dan zaman sebelumnya.
Sebelum zaman Neolitik, pengebumian mayat dilakukan dengan cara kedua-dua kakinya dilipatkan ke dada.
Semasa zaman Neolitik dan selepasnya, mayat adalah dalam keadaan terlentang berlandaskan rangka yang ditemui.
Namun persamaanya adalah, mayat ni semua akan dibekalkan makanan, alat-alat buru dan ya, of course, mangkuk-mangkuk tembikar.
Ia untuk persediaan di alam mati nanti.

Masa ekori kami dari tadi bersungguh-sungguh.
Jam hampir pukul 4.
Jadi kami lari ke Pameran Keranda.
Di sini, bayaran bagi dewasa adalah sama.
RM2.
Boleh tangkap gambar dengan flash dan dikenakan bayaran RM3.
Tidak cakap banyak, kami bayar RM7.00 dan tarik nafas dalam-dalam.
Mari sejarah. Suap kami lagi!

The light was quite dim there.
Kami tak tunggu lama.
As soon as we jumpa keranda pertama, Sayang terus snap gambar saya.
Here are some of the photos.

Mereka sangat minat pada mangkuk tembikar kan? Yes,even if they are dead.







Saya lupa pengebumian jenis apa untuk yang ini kerana saya sedang sibuk tengok Sayang saya saja. Haha.




Objek dibelakang saya adalah contoh pengebumian Lemiar menggunakan buluh cincang.  Mayat tidak boleh dimandikan atau dibersihkan. Barang-barang lama dan rumah si mati akan dibakar.

Dalam masyarakat Troja, keranda berbentuk kerbau adalah untuk menempatkan mayat kelas menengah. Ia dihasilkan di Daerah Sa'dan, Sulawesi Tengah. I was like what!


 This is a replica of Tempayan Manunggul. Tempayan pengebumian sekunder yang dijumpai pada Tahun 1964 tapi ini dari Zaman Neolitik. As you can see, pada penutupnya ada 2 figures rowing a boat in the face of a large wave yang melambangkan sebuah pengembaraan yang penuh ranjau. Saya ambil masa lebih dari 5 minit berdiri dihadapan ini mencari mana ombaknya.  Seperti biasa, Sayang datang selamatkan saya dari mula berkerot dahi dan point pada corak yang hanya nampak macam bunga bagi saya.

Kenalkan. Ini kerusi mayat. Ia mendapat perhatian Sayang saya. Dan ia merupakan item terakhir untuk Pameran Keranda ini. 

Ada banyak juga replika keranda dan informasi mengenai pelbagai cara pengebumian dimuntahkan di sini.
Cuma saya kurang berkenan dengan cara penerangannya.
Kerana kebanyakkannya diconteng di dinding pameran, bersepah-sepah. Sini dan sana.
Tulisan ala-ala gothic tak menjadi.
Tak faham.
Baik tulis braille saja.
Sama saja.
Tak faham.
Tapi saya tak nafikan.
Effort ini sangat-sangat bagus.
Syabas Muzium Negara!

Hampir jam 5 petang.
Masa sudah jumpa saya.
Saya dah tak boleh menyorok lagi.
Masa bisik pada saya dan Sayang, "Masa untuk pulang,"

Selamat tinggal, sejarah.
Saya akan datang lagi untuk 2 galeri awak yang belum sempat bertemu.

Nahas.




Thursday, July 29, 2010

Otak. Awak boleh muntah sekarang.

......
......
......
......

Kenapa otak? Kenapa malu-malu ni?
Selalunya awak nak itu dan ini.
Nak cakap itu dan ini.
Nak fikir itu dan ini.
Sekarang, awak tak boleh generate apa-apa ke?
Jangan lah macam ni.
This is not a good first impression as a newcomer jadi blogger tau.
Tengok orang tu.
Dia nak exit page kita dah tu.
Cursor mouse dia dah kat butang pangkah dah tu.

Come on, baby.
Roomate kita ada blog.
Kawan kepada roomate kita ada blog.
Dira si sehati berdansa ada blog.
Even Megan Fox pun ada blog agaknya.
Kita pun mesti kena ada blog!
sbb kita suka Megan Fox kan?
Apa?Megan Fox tu khunsa?
Siapa kate macam tu, otak?
Kita tak fikir pun macam tu kan?
Dah-dah.
Tak usah buat fitnah.
Allah marah.
Fitnah lebih besar dosanya dari berzina.
Awak jugak yang selalu ingatkan saya.
Apa daa.
Orang yang cakap tu, cuma cemburu.
Megan Fox boleh berlakon dengan Optimus Prime, dorang dengan semot depan rumah pun tak boleh.

We can do this, baby.
We can.
And guess what, we just did!
Otak! Awak dah muntah tadi!
I am so proud of you!

p/s : Saya budak baru belajar, kalau salah tolong rogerkan! Trimas!

saya baru beranak.

"sara, kau ade blog?"
"pah, kau ade blog?"

sekarang dah ada.
dah.
awak semua dah boleh diam.