Sunday, March 27, 2011

(Isilah apa yang sesuai)

Sedekad rasanya tak conteng sini.
Tapi tak ada beza pun. Siapa pun yang mahu baca?
Haha.

Hari ini sangat terpanggil.
Jadi aku conteng saja apa yang lalu dalam kepala hotak.
Tapi aku rasa, molek lagi kiranya aku coret yang ringkas saja.
Kalau baca semula post aku yang sebelum ni, misalnya mula baca dari Putrajaya, sampai Ampang baru selesai habis semua.
Haha.

Aku sudah muak banyak perkara.
Menghitung hari untuk mengorak laku.
Hendak aku senarai semua, payah.
Di otak sudah lalu. Berpusu-pusu.
Sayang, tangan tak dapat kejar kata-kata.
Lepas tu, termenong kosong untuk ingat apa.
Haha.

Aku tetap seperti dulu.
I am not a fan of racism.
Itu, aku kira, takkan berubah.

Aku tetap kipas-susah-mati Liverpool.
Itu, tentu, takkan berubah.
Walau aku hanya tau si gerrard saja dalam team tu.
Itu pun entah aku eja betol ke tidak.

Aku tetap suka Ziana Zain, seperti dulu.
Walau aku tak pernah vote si Mohd masa dalam Mentor dulu.

Tun Mahathir tetap idola aku.
Sampai mati hidup semula.

Cukup, buat masa ini ye?

Tahun 2011 ini, cerita yang paling best aku tengok di wayang is Black Swan.
Kenapa?
Mudah saja.
Ada dua sebab.
1 - Jalan cerita yang sangat bagus.
2 - Jalan cerita yang sangat bagus, tengok dengan Aizat Akmal Ahmad.
Perfect.

Cerita yang paling mengecewakan aku tengok di wayang is, ow wait. aku tak ingat nama cerita tu.
Terlalu mengecewakan.

Untuk suku Tahun 2011 ni, aku lihat banyak komplikasi cinta terjadi.
Putus. Retak. Cerai.
Sahabat, anggaplah ia adalah untuk yang terbaik.
Allah tak ada masa lah nak main-main dengan kalian.
Ada hikmah nya untuk itu dan ini.
Kuat, sahabat.

Itu saja.